Pujukan Hafiz telah meruntuhkan Aqilla , namun setelah sekian lama Aqilla
cuba untuk lari dari realiti bahawa kini dia terpaksa menanggung penderitaan
seorang sendiri . Aqilla mengandungkan anak Hafiz . Setelah sebulan Hafiz menghilangkan
diri tanpa meninggalkan jejak kepada Aqilla , Aqilla sedar bahawa dia telah
ditinggalkan dan terpaksa mengharungi kesilapan lalunya . Aqilla seringkali
murung , seolah mengutuk dirinya sendiri . Namun kesilapan itu membuatkannya
lebih matang dalam apa jua keadaan , hidup ini hanya perlu bergantung pada diri
sendiri .
Entah kenapa dalam keadaan tidak tenang semasa hendak
melelapkan matanya , Hafiz teringat dengan Aqilla . Hatinya tercari-cari akan
Aqilla , terasa ada sesuatu yang terlalu besar telah hilang . Hafiz masih
dengan egonya , mengutuk Aqilla bagi meredakan hatinya yang sebenarnya
merindukan Aqilla . Namun keesokkan harinya , Hafiz tanpa berlengah untuk
mencari Aqilla . Entah apa yang menggerakkan hatinya yang keras itu untuk
berlembut mencari Aqilla . Mungkin masih
terkesan dihatinya bagaimana Aqilla selama ini bertahan dengan sikapnya .
Aqilla mempunyai personaliti yang berbeza dengan gadis lain
, lincah , berani dan menguasai ilmu mempertahankan diri namun kudrat seorang wanita tidak mampu untuk
melawan kudrat seorang lelaki . Malam itu , Aqilla terpaksa menyerah diri walau
tanpa kerelaannya . Hatinya tak berhenti-henti berselawat namun jika Allah
sudah mengkehendakinya Aqilla pasrah . Hafiz berbuat demikian kerana mendengar
khabar angin bahawa Aqilla ramai teman lelaki , hakikatnya semua itu hanya fitnah
. Hanya kerana fitnah maruah Aqilla
hancur .
Hafiz berhenti seketika mencari Aqilla , matanya meliar ke
arah sekeliling dan masih berharap agar dia melihat kelibat Aqilla . Tiba-tiba
Hafiz teringat bahawa Aqilla suka ke suatu tempat , Aqilla selalu melukis di
situ . Hafiz bergegas mencari Aqilla di situ , tiba-tiba dia melihat seorang
gadis susuk tubuhnya dari jauh mirip Aqilla . Gadis itu sedang khusyuk
menyiapkan lukisannya . Entah semangat apa yang merasuk Hafiz untuk berlari
mendapatkan gadis itu , Hafiz lantas memeluk gadis yang dirinduinya . Gadis
yang dipeluknya berdiri lalu menolak Hafiz . Rupa-rupanya gadis itu bukan
Aqilla cuma mirip Aqilla. Hafiz segera melepaskan dakapannya . Hafiz pergi
meninggalkan gadis itu tanpa banyak soal . Hafiz masih meneruskan mencari Aqilla
. Aqilla hanya beberapa meter dari tempat Hafiz menemui gadis yang mirip Aqilla
.
Hafiz melihat Aqilla meratap ke arah lautan biru ,hanya luas
lautan biru itu yang mampu menenangkan fikiran dan hatinya yang hampir
meranapkan seluruh hidupnya . Aqilla masih kental , memperjuangkan hak dirinya
untuk tidak mengulangi kesilapan lalunya . Aqilla pernah terfikir untuk
menggugurkan bayi yang dikandungnnya . Namun, Allah itu Maha Besar , Allah
telah mengurniakan kepada setiap wanita organ yang bernama Rahim(penyayang) ,
Aqilla segera menukar fikirannya untuk menggugurkan bayinya . Hatinya kini mula
sayang pada kandungannya . Segala makan minumnya dijaga bagi memastikan kesihatan
bayinya dalam keadaan baik.
Hafiz yang melihat Aqilla khusyuk melayan jiwanya dengan
meratap keindahan ciptaan Yang Maha Kaya , air mata Hafiz seolah tidak tertahan
betapa selama ini dia telah berlaku kejam terhadap wanita yang disayanginya .
Keegooannya telah merampas rasa cintanya terhadap Aqilla , namun kini rasa
cintanya pula yang meranapkan keegoannya . Hafiz mendakap Aqilla , Aqilla
secara automatic melayangkan buku limanya . Alangkah terkejutnya Aqilla bahawa
lelaki yang ditumbuknya itu insan yang dirinduinya .
Aqilla segera untuk melarikan dari Hafiz , namun dengan
tindakan pantas Hafiz , Hafiz sempat mengenggam erat pergelangan tangan Aqilla
. Aqilla meronta untuk dilepaskan tapi Hafiz memeluk Aqilla dengan erat . Hafiz
menceritakan pada Aqilla yang masih berada di dalam pelukkannya tentang apa
yang dirasakannya selama ini selama ketiadaan Aqilla di sisinya. Aqilla hanya
berdiam, entah sama ada dia perlu percaya atau tidak, hatinya berbelah bagi .
Namun ego Aqilla hanya tinggi buku lali ,akhirnya dia memaafkan Hafiz . Bagi
Aqilla doanya selama ini termakbul bahawa Hafiz mahu bertanggungjawab ke
atasnya .
Tersentak daripada lamunan , Hafiz tiba-tiba melamarnya
untukk menjadi suri hidupnya . Aqilla bersyukur , dia hanya memohon kepada
Allah untuk mempertemukan Hafiz dengannnya bagi mengubat rindunya yang selama
ini menebal terhadap Hafiz . Namun, Allah itu Maha Adil . Allah gantikan
penderitaannya dengan mendapat kebahagiaan dengan hidup bersama orang yang
selama ini dirinduinya .
*take note
Allah itu Maha Mendengar and Maha Pemberi Allah takkan bagi kalau kita tak
mintak so, mintaklah kat Allah jangan riak dengan Allah . :)
Tweet