Saturday, November 23, 2013

Cerpen : Kasih Aqilla



Pujukan Hafiz telah meruntuhkan  Aqilla , namun setelah sekian lama Aqilla cuba untuk lari dari realiti bahawa kini dia terpaksa menanggung penderitaan seorang sendiri . Aqilla mengandungkan anak Hafiz . Setelah sebulan Hafiz menghilangkan diri tanpa meninggalkan jejak kepada Aqilla , Aqilla sedar bahawa dia telah ditinggalkan dan terpaksa mengharungi kesilapan lalunya . Aqilla seringkali murung , seolah mengutuk dirinya sendiri . Namun kesilapan itu membuatkannya lebih matang dalam apa jua keadaan , hidup ini hanya perlu bergantung pada diri sendiri .

Entah kenapa dalam keadaan tidak tenang semasa hendak melelapkan matanya , Hafiz teringat dengan Aqilla . Hatinya tercari-cari akan Aqilla , terasa ada sesuatu yang terlalu besar telah hilang . Hafiz masih dengan egonya , mengutuk Aqilla bagi meredakan hatinya yang sebenarnya merindukan Aqilla . Namun keesokkan harinya , Hafiz tanpa berlengah untuk mencari Aqilla . Entah apa yang menggerakkan hatinya yang keras itu untuk berlembut mencari Aqilla .  Mungkin masih terkesan dihatinya bagaimana Aqilla selama ini bertahan dengan sikapnya .

Aqilla mempunyai personaliti yang berbeza dengan gadis lain , lincah , berani dan menguasai ilmu mempertahankan diri  namun kudrat seorang wanita tidak mampu untuk melawan kudrat seorang lelaki . Malam itu , Aqilla terpaksa menyerah diri walau tanpa kerelaannya . Hatinya tak berhenti-henti berselawat namun jika Allah sudah mengkehendakinya Aqilla pasrah . Hafiz berbuat demikian kerana mendengar khabar angin bahawa Aqilla ramai teman lelaki , hakikatnya semua itu hanya fitnah . Hanya kerana  fitnah maruah Aqilla hancur .

Hafiz berhenti seketika mencari Aqilla , matanya meliar ke arah sekeliling dan masih berharap agar dia melihat kelibat Aqilla . Tiba-tiba Hafiz teringat bahawa Aqilla suka ke suatu tempat , Aqilla selalu melukis di situ . Hafiz bergegas mencari Aqilla di situ , tiba-tiba dia melihat seorang gadis susuk tubuhnya dari jauh mirip Aqilla . Gadis itu sedang khusyuk menyiapkan lukisannya . Entah semangat apa yang merasuk Hafiz untuk berlari mendapatkan gadis itu , Hafiz lantas memeluk gadis yang dirinduinya . Gadis yang dipeluknya berdiri lalu menolak Hafiz . Rupa-rupanya gadis itu bukan Aqilla cuma mirip Aqilla. Hafiz segera melepaskan dakapannya . Hafiz pergi meninggalkan gadis itu tanpa banyak soal . Hafiz masih meneruskan mencari Aqilla . Aqilla hanya beberapa meter dari tempat Hafiz menemui gadis yang mirip Aqilla .

Hafiz melihat Aqilla meratap ke arah lautan biru ,hanya luas lautan biru itu yang mampu menenangkan fikiran dan hatinya yang hampir meranapkan seluruh hidupnya . Aqilla masih kental , memperjuangkan hak dirinya untuk tidak mengulangi kesilapan lalunya . Aqilla pernah terfikir untuk menggugurkan bayi yang dikandungnnya . Namun, Allah itu Maha Besar , Allah telah mengurniakan kepada setiap wanita organ yang bernama Rahim(penyayang) , Aqilla segera menukar fikirannya untuk menggugurkan bayinya . Hatinya kini mula sayang pada kandungannya . Segala makan minumnya dijaga bagi memastikan kesihatan bayinya dalam keadaan baik.

Hafiz yang melihat Aqilla khusyuk melayan jiwanya dengan meratap keindahan ciptaan Yang Maha Kaya , air mata Hafiz seolah tidak tertahan betapa selama ini dia telah berlaku kejam terhadap wanita yang disayanginya . Keegooannya telah merampas rasa cintanya terhadap Aqilla , namun kini rasa cintanya pula yang meranapkan keegoannya . Hafiz mendakap Aqilla , Aqilla secara automatic melayangkan buku limanya . Alangkah terkejutnya Aqilla bahawa lelaki yang ditumbuknya itu insan yang dirinduinya .

Aqilla segera untuk melarikan dari Hafiz , namun dengan tindakan pantas Hafiz , Hafiz sempat mengenggam erat pergelangan tangan Aqilla . Aqilla meronta untuk dilepaskan tapi Hafiz memeluk Aqilla dengan erat . Hafiz menceritakan pada Aqilla yang masih berada di dalam pelukkannya tentang apa yang dirasakannya selama ini selama ketiadaan Aqilla di sisinya. Aqilla hanya berdiam, entah sama ada dia perlu percaya atau tidak, hatinya berbelah bagi . Namun ego Aqilla hanya tinggi buku lali ,akhirnya dia memaafkan Hafiz . Bagi Aqilla doanya selama ini termakbul bahawa Hafiz mahu bertanggungjawab ke atasnya .

Tersentak daripada lamunan , Hafiz tiba-tiba melamarnya untukk menjadi suri hidupnya . Aqilla bersyukur , dia hanya memohon kepada Allah untuk mempertemukan Hafiz dengannnya bagi mengubat rindunya yang selama ini menebal terhadap Hafiz . Namun, Allah itu Maha Adil . Allah gantikan penderitaannya dengan mendapat kebahagiaan dengan hidup bersama orang yang selama ini dirinduinya .

*take note
Allah itu Maha Mendengar and Maha Pemberi Allah takkan bagi kalau kita tak mintak so, mintaklah kat Allah jangan riak dengan Allah . :)

✿ Terima kasih kerana sudi membaca ! Suka ? "LIKE" button disediakan.. :) ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © All Right Reserved Nur Aisyah